NADI MAHIR Pertanian Pintar Sesi 1 - V
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - v. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberi penerangan mengenai pengurusan serangga perosak dan kawalan. Seterusnya, guru MAHIR memberi penerangan mengenai kawalan semburan racun serangga seperti Deltamethrin, Cypermenthrin, Cyfluthrin, Beta-cyfluthrin dan Profenofos. Antara lain, guru MAHIR memberi penerangan mengenai penyebab penyakit patogen seperti kulat, virus dan viroid, protozoa, bakteria dan nematod. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai cabaran iaitu mengurangakn penyebaran penyakit, mengurangakn kejadian penyakit dan mengubat tanaman yang sakit.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: